Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencipta rekod baharu dengan ucapan State of the Union terpanjang pada Selasa, menyampaikan ucapan hampir dua jam sebelum Kongres, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Ucapan beliau berlangsung sekitar 1 jam 48 minit, mengatasi mana-mana presiden sejak rekod bermula pada 1964, menurut American Presidency Project.
Rekod sebelum ini adalah sekitar 1 jam 29 minit oleh anggota Demokrat Bill Clinton semasa ucapannya pada 2000.
© New Straits Times Press (M) Bhd




