kartika@hmetro.com.my
Shah Alam: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun berakhir 31 Disember 2025.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional membabitkan RM67.1 bilion dan RM12.5 billion untuk Simpanan Syariah.
“Keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk 2025 adalah RM79.6 bilion,” katanya pada Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara, di sini, hari ini.
Bagi 2024, KWSP memberikan dividen 6.30 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah, membabitkan jumlah keseluruhan agihan untuk sebanyak RM73.24 bilion.
Bagi tahun 2023, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional berbanding 5.35 peratus pada 2022 dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion.
Manakala, dividen Simpanan Shariah adalah sebanyak 5.40 peratus berbanding 4.75 peratus pada 2022 dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion.
© New Straits Times Press (M) Bhd




