Konflik Timur Tengah, Apakah Nasib Jemaah Haji Negara? Ini Jawapan Tabung Haji | Oh! Islam – Oh! Media

Konflik Timur Tengah, Apakah Nasib Jemaah Haji Negara? Ini Jawapan Tabung Haji | Oh! Islam – Oh! Media

Oh! Islam

Situasi ini menyebabkan ruang udara di kawasan terlibat terjejas dan tidak selamat untuk operasi penerbangan.


Konflik yang berlaku di Iran kini mula memberi kesan besar kepada pergerakan penerbangan di rantau Timur Tengah. Perkembangan ini sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan bakal jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan rukum islam kelima itu tidak lama lagi.

Terbaharu, Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan bahawa mereka sedang memantau rapi perkembangan semasa susulan penutupan ruang udara di beberapa kawasan di Timur Tengah akibat konflik berkenaan.

Keselamatan jemaah haji jadi keutamaan

Kredit foto Tabung Haji

Menerusi kenyataan media bertarikh 1 Mac 2026, TH memaklumkan bahawa semua penerbangan pergi dan balik dari Timur Tengah ketika ini telah digantung buat sementara waktu.

Situasi ini berlaku susulan konflik semasa di Iran yang menyebabkan ruang udara di kawasan terlibat terjejas dan tidak selamat untuk operasi penerbangan.

TH menjelaskan bahawa pihaknya sedang menilai keadaan semasa secara berterusan dan akan membuat sebarang pemakluman lanjut pada masa yang bersesuaian.

Berkenaan dengan tanggungjawab TH kepada bakal jemaah negara, tindakan TH seterusnya akan berdasarkan nasihat yang diterima daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Saudi dan Wisma Putra – kata Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad

Dalam masa sama, TH turut menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan bakal jemaah haji negara adalah perkara utama dalam setiap keputusan yang akan dibuat.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai perubahan jadual penerbangan haji diumumkan. Bakal jemaah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran rasmi TH bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

645539275 1920592036773122 6400280497470467383 n

Pssttt! Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan bakal duyufurrahman, teruskan berdoa dan bersangka baik, kerana setiap jemputan ke Tanah Suci itu sudah pun tertulis dengan izin-Nya.

Kredit: Tabung Haji
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Scroll to Top