Pasangan selebriti, Amira Othman dan Fattah Amin mencuri tumpuan apabila mempersoalkan tindakan segelintir netizen atau dilabel sebagai ‘haters’ yang menyertai siaran langsung mereka lalu didakwa menyebarkan ‘kebencian’.
Menerusi sesi siaran langsung tular di platform TikTok, Amira menyuarakan soalannya terhadap ‘haters’ yang berada dalam sesi tersebut meskipun tidak menyukai mereka.
“Saya ada satu soalan untuk haters ni, dia tak suka tapi dia masuk ‘live’ kita kenapa? Tak suka tak payah tengok. Kau kenapa nyah,” kata Amira.
Sementara itu, suaminya, aktor terkenal Fattah Amin turut tampil bersuara menegaskan netizen untuk keluar daripada siaran langsung tersebut sekiranya mahu berkata perkara yang tidak baik.
“Ruangan dan tempat sini adalah untuk mencari rezeki, bercakap yang baik-baik sahaja. Kalau suka tengok saja. Rasa nak cakap benda yang tak baik lebih baik keluar.
“Fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan terkejut apabila melihat Amira dan Fattah itu yang bersuara setelah berdiam diri ketika dikecam.
@xtra_my Betul apa cakap mereka, kalau tak suka, tak payah tengok. Cakap benda yang baik-baik je🥰 #fyp #xtra #fattahamin #amiraothman #haters Sumber: henry_petrovv P/s: Video ini bukan milik XTRA dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!




