Nadia Brian pertahan kenyataan ‘melalak’ PM Anwar, minta fahami konteks sebenar

Nadia Brian pertahan kenyataan ‘melalak’ PM Anwar, minta fahami konteks sebenar

Pelakon, Nadia Brian tampil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penggunaan perkataan “melalak” dalam isu penghinaan terhadap al-Quran yang tular baru-baru ini.

Minta fahami konteks sebenar

nadia brian Minta fahami konteks sebenar

Screenshot

Menurut Nadia, pada awalnya dia sendiri merasakan penggunaan perkataan tersebut kurang sesuai dilontarkan oleh seorang Perdana Menteri kepada rakyat yang sedang marah.

Screenshot

“Dari awal saya rasa perkataan ‘melalak’ tidak sesuai sebagai seorang PM keluarkan kepada rakyat yang tengah marah,” ciapannya di Threads, semalam.

Bagaimanapun, selepas menerima penjelasan daripada rakan-rakan di platform media sosial, Nadia menjelaskan bahawa kenyataan Anwar tersebut perlu difahami secara menyeluruh dan bukan dipetik secara berasingan sehingga menimbulkan persepsi yang mengelirukan.

Tambahnya, berdasarkan penjelasan yang diterima, Anwar dipercayai merujuk kepada golongan tertentu yang hanya bersuara tanpa mengambil tindakan sewajarnya, sebaliknya sekadar melontarkan komen kosong.

“Lepas beberapa penjelasan rakan-rakan di Threads, nampaknya PM merujuk kepada mereka-mereka yang hanya cakap tanpa tindakan dan hanya lontarkan komen kosong,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nadia turut berharap agar individu yang terlibat dalam perbuatan biadab menghina al-Quran dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Saya harap pelaku biadab itu dihukum dengan keras oleh pihak berkuasa,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Nedim Nazri tiada duit? Fitnah! Nadia Brian nafi tanggung kekasih -“Kelakarlah..”

Terdahulu, kenyataan Perdana Menteri berhubung isu penghinaan terhadap kitab suci umat Islam itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, khususnya berkenaan penggunaan istilah “melalak” yang dianggap sensitif oleh sebahagian pihak.

Sumber: Threads nadia.brian

Scroll to Top