Firdaus Wong dedah perbualan dengan lelaki pijak al-Quran, bukti telah ucap syahadah

Firdaus Wong dedah perbualan dengan lelaki pijak al-Quran, bukti telah ucap syahadah

Isu melibatkan seorang individu dikenali sebagai Ryan Vikneswaran kembali menjadi perhatian selepas namanya dikaitkan dengan tindakan pijak al-Quran membawa kepada dakwaan lelaki itu telahpun memeluk agama Islam.

Lelaki pijak al-Quran sudah ucap syahadah?

Menurut perkongsian Firdaus Wong di Facebook, beliau menyatakan pernah berinteraksi lelaki terbabit apabila dia mula menghubunginya pada 19 Jun 2024 sebelum sanggup datang dari Kuantan ke Bukit Bintang pada 15 September 2024 untuk berdialog.

Selepas lebih sebulan terputus komunikasi, lelaki terbabit memaklumkan pada 13 November 2024 bahawa dia bersedia memeluk Islam.

Hasrat itu bagaimanapun hanya menjadi kenyataan apabila dia kembali menghubungi pada 20 April 2025 dengan mesej,

“I like you to witness my shahadah again,” ujarnya.

Selepas melafazkan syahadah, dia meminta dipanggil Zain dan bukan nama asalnya.

Susulan daripada itu, Firdaus Wong menjelaskan bahawa pihaknya hanya membantu menyediakan kelas percuma serta menasihati muallaf untuk mendaftarkan pengislaman, namun tidak boleh memaksa.

Malah beliau juga akui, kadar mualaf yang terus mengikuti kelas adalah rendah dan proses ‘follow up’ pula bergantung kepada kesediaan individu untuk dihubungi.

“Sebelum ada yang mengecam, “Tengoklah, pandai Islamkan tak pandai jaga.”
“Soalan saya buat yang nak komen begitu, “Apa pula tugas & tanggungjawab anda selain dari mengecam & komen? Kenapa tidak tawarkan diri membantu jabatan agama mahupun NGO daripada menjadi pakar komen sahaja?”

Peguam dakwa lelaki terbabit tak mengaku peluk Islam

Kali terakhir lelaki terbabit berhubung dengannya adalah pada 28 November 2025.

Walau bagaimanapun, Firdaus Wong menyatakan peguam individu terbabit memaklumkan anak guamnya mengakui adanya komunikasi tersebut, namun tidak mengaku telah memeluk Islam.

 Firdaus Wong turut mempersoalkan tindakan lelaki itu yang melakukan perbuatan begitu biadap sedangkan pernah memberitahu sangat menyukai al-Quran dan Islam

 “Dia pernah tulis dia suka Al-Quran & suka Islam, kenapa tiba tiba tergamak memijak Al-Quran?”

pijak al-quran

Artikel lain: Individu pijak al-Quran berdepan dua pertuduhan esok – AGC

Ujar pendakwah bebas itu, beliau mengakui terkejut dengan perkembangan tersebut kerana pernah menghadiahkan al-Quran atas permintaan Zain yang ketika itu dilihat teruja dan berjanji menjaganya dengan baik.

Tegasnya, sama ada individu itu Muslim atau belum, dia perlu bertanggungjawab serta menerima hukuman setimpal atas perbuatannya.

Prinsip keadilan harus ditegakkan tanpa mengira latar belakang.

Sumber: Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Scroll to Top