“Cerita curang sekali tu je lah”.
Demikian respons pelakon popular, Zul Ariffin apabila memberi bayangan tidak lagi mahu terlibat dalam naskhah bertemakan kecurangan selepas drama Bisik Asmara.
Menurut Zul, buat masa ini dia lebih selesa memberi tumpuan kepada projek filem dan meninggalkan sementara genre yang pernah mencetuskan pelbagai reaksi itu.
“Selepas Bisik Asmara drama apa tak ada dah.
“Saya buat filem lah, insyaa-Allah lepas raya ni ada beberapa filem yang nak release. Saya pun tak tahu,” katanya.
Mengulas lanjut, Zul menegaskan, keputusan tersebut dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukan disebabkan tekanan mana-mana pihak.
“Lepasni saya tak buat dah cerita-cerita pasal curang. Tak buat dah. Saya try je. Tak buat dah cerita macam tu,” jelasnya.
Zul mengakui pembabitannya dalam karya bertemakan hubungan terlarang sebelum ini sekadar ingin mencuba sesuatu yang berbeza dalam perjalanan karier seninya.
“Lepasni kita buat cerita yang lebih ‘gagah’. Okay lah tu.
“Saja nak tengok juga cerita-cerita macam ni. Cerita curang sekali tu je lah,” ujarnya.




