Khamenei akan dikebumikan di makam Syiah di Mashhad

Khamenei akan dikebumikan di makam Syiah di Mashhad
Khamenei akan dikebumikan di makam Syiah di Mashhad

Penunjuk perasaan di Iraq turut membawa potret Ali Khamenei sambil melaungkan slogan mengutuk kekejaman AS dan Israel serta mengibarkan bendera Iran ketika berarak menuju ke Zon Hijau di ibu kota. – Foto AFP

TEHERAN – Jenazah pemimpin agama Iran yang terbunuh, Ayatollah Ali Khamenei, akan dikebumikan di sebuah makam Syiah di bandar kelahirannya di Mashhad, menurut Agensi Berita Fars pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi berita yang mempunyai kaitan dengan Kor Pengawal Revolusi Islam itu melaporkan bahawa pengebumian dijangka berlangsung berhampiran makam Imam Reza di Mashhad, seperti yang dilakukan bagi pengebumian bapa Khamenei sebelum ini.

Kompleks makam Imam Reza di Mashhad, yang menempatkan pusara Imam Reza – Imam kelapan dalam kepercayaan Syiah Imam Dua Belas – dianggap sebagai antara tapak suci Syiah paling penting di Iran.

Menurut agensi berita itu, satu upacara penghormatan terakhir kepada orang ramai dijadual berlangsung di Teheran sebelum pengebumian, dengan butiran program dan waktu akan diumumkan kemudian.

Mashhad, sebuah metropolis di timur laut Iran dengan kira-kira tiga juta penduduk dan bandar kedua terbesar negara itu, merupakan tempat kelahiran Khamenei yang dilahirkan pada 19 April 1939.

Beliau terbunuh dalam serangan udara di Teheran pada Sabtu. – Bernama 

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Jenazah pemimpin agama Iran, Ayatollah Ali Khamenei, akan dikebumikan di Makam Syiah di Mashhad
  • Pengebumian berlangsung berhampiran makam Imam Reza, seperti pengebumian bapa Khamenei
  • Makam Imam Reza dianggap tapak suci Syiah penting di Iran
  • Upacara penghormatan terakhir dijadual di Teheran sebelum pengebumian
  • Mashhad, tempat kelahiran Khamenei, merupakan metropolis kedua terbesar di Iran
Scroll to Top