Aniq Suhair waspada bawa watak aksi

Aniq Suhair waspada bawa watak aksi

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Pelakon, Aniq Suhair mengakui dia akan lebih berhati-hati dan tidak akan ambil mudah bila terbabit dengan babak aksi lagak ngeri atau ‘stunt’ ketika penggambaran.

Aniq atau pemilik nama Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 26, berkata, dia akan menggunakan khidmat ‘stunt team’ (pasukan aksi lagak ngeri) yang disediakan produksi bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

“Sebenarnya, setiap produksi filem atau karya mereka memang ada sediakan pasukan aksi lagak ngeri dan pelakon gantian untuk babak aksi berisiko tinggi.

“Jika ada babak yang membabitkan risiko tinggi dan saya rasa tidak boleh buat, saya akan serahkan pada ‘stunt team’ produksi selepas ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan iftar.

Mengulas lanjut kecederaan dialaminya sebelum ini, kata Aniq, jika nak diikutkan babak itu mudah sahaja di mana dia perlu melompat dari tembok dan turun ke sungai besar dan pergi ke seberang.

“Saya nak buat babak itu sendiri tanpa bantuan ‘stunt’ kerana ia nampak mudah sahaja saja tapi malang tak berbau, saya tergelincir, kaki tersadung di batu ketika buat babak itu.

“Benda sudah nak jadi dan kita tak dapat nak elak,” kata pelakon Siri Viu, I Love You So Mochi itu.

Terdahulu, Aniq dilaporkan menerima enam jahitan akibat mengalami kecederaan pada bahagian kakinya selepas tersadung dan tergelincir pada hari terakhir penggambaran filem Bisikan Nafsu.

Menerusi hantaran di Instagram Aniq berkata, kemalangan terbabit berlaku di luar jangkaan tatkala melunaskan komitmen sebuah babak yang agak penting.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top