RCI TH: “Paling teruk pelaburan Al Rawda. Kalau baca, memang naik darah” -Syed Saddiq

RCI TH: “Paling teruk pelaburan Al Rawda. Kalau baca, memang naik darah” -Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan senarai tujuh pelaburan bermasalah Lembaga Tabung Haji (TH) yang mengalami kerugian dan dibuat rosot nilai sebanyak 100 peratus.

Menerusi jawapan bertulis menteri bertarikh 11 Ogos, sebanyak 14 pelaburan bermasalah dikenal pasti, dengan tujuh daripadanya mencatatkan kerugian 100 peratus membabitkan jumlah kira-kira RM2.58 bilion.

Dibayar tanpa jaminan bank?

Syed Saddiq dalam perkongsian di media sosial, pelaburan Al-Rawda Real Estates mencatatkan kerugian terbesar iaitu RM1.864 bilion, diikuti Trurich Resources Sdn Bhd sebanyak RM364 juta dan Putrajaya Perdana Berhad sebanyak RM193.5 juta.

Turut disenaraikan ialah Al Fareeda Residential Fund dengan kerugian RM82 juta, Abraj Sdn Bhd (RM40.2 juta), Emrail Sdn Bhd (RM19.3 juta) dan Wellspring Worldwide Ltd (RM18 juta).

“Paling teruk pelaburan Al Rawda Real Estates. Kalau baca, memang naik darah.
“Lebih RM1.5 bilion dibayar secara pendahuluan kepada Al-Rawda sebagai orang tengah.
“Tiada jaminan bank. ‘Due diligence’ (semakan teliti) hancur,” katanya.

Perlindungan TH cuma nota janji

Syed Saddiq menambah, perlindungan terhadap pelaburan TH itu dilihat hanya bergantung kepada nota janji yang dijamin secara peribadi, selain manfaat kepada jemaah tidak diterima seperti yang dirancang.

“Perlindungan TH cuma nota janji yang dijamin secara peribadi.
“Manfaat penginapan untuk jemaah pula tidak diterima seperti dirancang. Kutipan sewa terhenti bertahun tahun.
“Berbilion ringgit dibayar tetapi tiada hasil yang dapat ditunjukkan,” katanya.

RCI TH: “Paling teruk pelaburan Al Rawda. Kalau baca, memang naik darah” -Syed Saddiq

Scroll to Top