Pelawak Jep Sepahtu membuka mulut mengenai hubungannya bersama rakan seperjuangannya, Shuib dan Mamat.
Menerusi sesi siaran langsung, Jep berkata tiada sebarang kemelut antara mereka bertiga.
BACA: “10 Tahun Adalah Tempoh Sangat Panjang” – Jep Sepahtu Sebut Nama Shuib
“Saya tak ada masalah apa pun, cuma untuk saya..saya tak bergaduh. Saya tak ada bermasam muka. Cuma tak ada urusan kerja, jadi bila tak berurusan, tidaklah bermakna kami (hubungan) tidak baik. Saya pun tak pernah cakap benda-benda yang menyakitkan hati,” katanya.
Sementara itu, Jep berkata dia tidak bergaduh dengan Shuib mahupn Mamat serta boleh saja duduk semeja seandainya berjumpa.
“Saya tak bergaduh dengan sesiapa..tak bergaduh dengan Shuib ataupun Mamat.
Kalau saya jumpa mereka boleh sahaja nak bertegur, duduk dan minum sekali. Tak ada masalah.
“Buat apa nak bergaduh? Tak pernah terlintas dan tak ada faedah nak bergaduh. Saya lebih suka kepada kedamaian dan ketenangan,,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini, Jep menjelaskan ia bukanlah bertujuan untuk mencetuskan perbalahan sebaliknya hanya penjelasan agar tidak timbul salah faham.
“Apa yang saya katakan sebelum ini cuma pembetulan, untuk apa yang saya rasa tidak betul. Saya pun ada hak untuk bercerita dari pihak saya, itu sahaja.
“Saya tak buat kenyataan untuk mengeruhkan atau memalukan. Tapi kalau saya dengar cerita yang tidak betul saya akan beritahu,” katanya




