Oh! Tidak
Pemandu tren di India terpaksa tunjuk luka pembedahan buasir kepada pegawai selepas cuti sakitnya tidak dilanjutkan.
Satu kejadian agak mengejutkan dilaporkan berlaku di Lucknow, India apabila seorang pemandu tren terpaksa membuka seluar di hadapan pegawai atasannya. Tindakan itu bukan sengaja dibuat, tapi dia nak buktikan luka pembedahan buasir yang dialaminya masih belum pulih.
Menurut laporan, lelaki dikenali sebagai Rajesh Meena itu memohon lanjutan cuti sakit kerana masih menahan kesakitan selepas menjalani pembedahan buasir. Namun permohonan tersebut ditolak sehingga dia terpaksa tunjuk.
Cuti sakit 6 hari tak cukup, pekerja mohon lagi

Rajesh yang bekerja sebagai pemandu tren lokomotif dilaporkan sudah lama mengalami masalah buasir. Dia sebelum ini mendapatkan rawatan di Indore sebelum menjalani pembedahan buasir di Lucknow pada 22 Februari lalu.
Selepas pembedahan tersebut, dia diberikan cuti sakit selama enam hari sehingga 28 Februari. Bagaimanapun, selepas tempoh itu tamat, luka pembedahan berkenaan dilaporkan masih belum sembuh sepenuhnya.
Rajesh kemudian mendapatkan pemeriksaan di sebuah pusat kesihatan untuk memastikan keadaannya sebelum kembali bekerja.
Doktor yang memeriksa keadaan Rajesh bersetuju bahawa dia masih memerlukan rehat tambahan. Doktor juga menasihatkannya mendapatkan surat pengesahan lanjutan cuti sakit daripada majikan.
Pegawai atasan tidak mahu luluskan

Rajesh kemudian bertemu pegawai serta ketua pengawal kru dengan membawa dokumen perubatan lengkap termasuk preskripsi, laporan makmal dan laporan rawatan luka. Namun begitu, pegawai terbabit didakwa enggan mengeluarkan memo bagi melanjutkan cuti sakitnya.
Disebabkan masih menahan kesakitan dan tidak mendapat kelulusan cuti, Rajesh akhirnya bertindak membuka seluar di hadapan pegawai tersebut. Tindakan itu dibuat bagi menunjukkan luka pembedahan yang masih belum sembuh.
Rakaman kejadian yang dirakam rakan sekerja kemudian tular di media sosial. Video itu turut mencetuskan kemarahan dalam kalangan kakitangan Indian Railways kerana situasi tersebut disifatkan tidak berperikemanusiaan.
Selepas campur tangan seorang pemimpin kesatuan All India Loco Running Staff Association, Rajesh akhirnya dibenarkan melanjutkan cuti sakitnya.
Pssttt! Ohmedia harap majikan dan pekerja sama sama lebih memahami situasi kesihatan masing masing. Kadang kadang pekerja bukan sengaja mahu cuti panjang, tetapi memang memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




