Oh! Artis
Kapsyen Isa Khan di Instagram cetus spekulasi tentang rumah tangga dengan Nur Risteena. Netizen mula tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.
Perkongsian terbaharu pelakon Isa Khan di Instagram mencuri perhatian ramai apabila kapsyen yang dimuat naik dilihat seolah-olah memberi bayangan mengenai perpisahan dengan isterinya, pelakon Nur Risteena.
Menerusi hantaran tersebut, Isa berkongsi sekeping gambar bersama kapsyen yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Kapsyen Isa Khan buat ramai tertanya-tanya

Rata-rata pengikutnya mula tertanya-tanya sama ada wujud masalah dalam rumah tangga pasangan tersebut selepas kapsyen berkenaan dilihat seakan memberi gambaran tentang perpisahan.
Bukan tentang siapa yang kita kenal paling lama, yang datang pertama atau yang paling ada. Tapi, tentang siapa yang datang dan tidak akan pergi. Senyuman terukir atas dasar bahagia di sangka kekal selamanya, tapi ternyata hanya tempat persinggahan sementara.
Kata-kata yang dimuat naik itu membuatkan ramai berteka-teki tentang maksud sebenar di sebalik perkongsian tersebut.
Tiada kenyataan rasmi setakat ini

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Isa Khan mahupun Nur Risteena bagi menjelaskan maksud sebenar kapsyen yang dimuat naik.
Susulan itu, ruangan komen di hantaran berkenaan turut dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen yang cuba meneka situasi sebenar di sebalik perkongsian pelakon tersebut.
Pssttt! Dalam dunia media sosial, satu ayat pun boleh mencetuskan pelbagai tafsiran. Jadi sebelum membuat andaian, sebaiknya tunggu penjelasan sebenar daripada tuan badan agar tidak timbul salah faham.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




