Oh! Negara
Cadangan WFH penjawat awam akan diteliti kerajaan dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas esok.
Cadangan kerja dari rumah atau WFH untuk penjawat awam kini sedang menjadi perhatian kerajaan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan perkara itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Cadangan WFH itu berkemungkinan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas yang dijadualkan berlangsung esok. Kerajaan juga mahu melihat keadaan ekonomi global sebelum membuat sebarang keputusan.
Cadangan WFH penjawat awam akan diteliti dahulu
Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah data ekonomi semasa, harga minyak Brent serta bahan api penerbangan. Semua ini penting bagi memastikan sebarang langkah yang diambil tidak memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.
Langkah itu juga dibuat selepas kerajaan memantau tindakan beberapa negara lain termasuk Thailand yang sudah melaksanakan WFH untuk agensi kerajaan. Tujuannya bagi mengurangkan penggunaan tenaga ketika ketegangan geopolitik di Asia Barat masih berlarutan.
Kerajaan terus beri perhatian kepada PMKS

Dalam masa sama, kerajaan turut memberi perhatian kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana atau PMKS yang dianggap sebagai nadi penting ekonomi negara.
Menurut Fahmi, sektor ini memainkan peranan besar dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan termasuk aktiviti eksport negara.
Fahmi turut memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas serta bahan api seperti RON95 masih berada pada tahap mencukupi.
Walaupun krisis Asia Barat tercetus sejak 28 Februari susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran, Malaysia tidak berdepan masalah bekalan setakat ini.
Pssttt! Ohmedia harap korang jangan cepat panik dengan isu ekonomi atau bekalan barang. Kerajaan pun sedang teliti semua perkara supaya keputusan yang dibuat nanti betul betul memberi manfaat kepada rakyat.
Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!





