“Dah Kena Bedal, Kena Rewang Bagi Semua Kat Jantan” – Kenyataan Ammar Alfian Tentang Wanita Undang Perhatian Netizen

“Dah Kena Bedal, Kena Rewang Bagi Semua Kat Jantan” – Kenyataan Ammar Alfian Tentang Wanita Undang Perhatian Netizen

Oh! Artis

Ammar Alfian memberi nasihat kepada lelaki supaya berhati-hati memilih pasangan hidup.


Media sosial sekali lagi menjadi medan perdebatan hangat apabila satu perkongsian daripada pelakon Ammar Alfian mula tular di Threads.

Kenyataan yang dimuat naik itu menarik perhatian ramai kerana menyentuh isu sensitif berkaitan hubungan dan masa lalu seseorang wanita.

Kenyataan Ammar Alfian curi perhatian

Dalam perkongsian di Threads itu, Ammar menyuarakan pandangannya kepada lelaki supaya berhati-hati dalam memilih pasangan, terutamanya jika seseorang itu mempunyai masa lalu yang dianggap bermasalah.

Perkongsian itu kemudian mula tular dan menerima ratusan tanda suka serta pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang turut memberikan pandangan masing-masing.

Aku tak pernah suka si Ammar ni as celebrity, tapi aku sokong dia punya statement. Because it related dengan life aku, i spent 10 years ++ just to change her, and make her a better woman. End up dia berubah ke perangai lama dan memilih lelaki so call “badboy”. Lelaki ni once he change, dia akan kekalkan perubahan tu. But pompuan tak ye. Bak kate guru aku “pempuan ni wan, arini dia mau kt hang, esok dia mau kat orang lain plak”. Now i am single father with 5 kids to raise.

Ada yang bersetuju dengan pandangan tersebut, namun tidak kurang juga yang mengkritik kenyataan berkenaan kerana dianggap terlalu umum terhadap wanita.

Selain perkongsian ini, Ammar turut berkongsi luahan perasaan seolah-olah ditujukan kepada seseorang.

Ammar Alfian

Namun, Ammar tidak menyatakan secara terus individu yang dimaksudkan.

Pssttt! Isu mengenai masa lalu seseorang dalam hubungan memang sering mencetuskan perbincangan. Namun hakikatnya setiap individu mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Apa yang lebih penting adalah kejujuran, kepercayaan dan usaha untuk menjadi lebih baik dalam hubungan yang dibina.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top