Wanita masuk hospital selepas ‘bertekak’ dengan robot

Wanita masuk hospital selepas ‘bertekak’ dengan robot
Wanita masuk hospital selepas ‘bertekak’ dengan robot

Wanita itu dipercayai terkejut selepas robot itu muncul di belakangnya. Foto Agensi

MACAU – Aktiviti bersiar-siar pada waktu petang bertukar mimpi ngeri buat seorang wanita kerana ‘diganggu’ robot manusia.

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku di Macau dan mereka menerima panggilan kecemasan setelah individu itu berasa kurang sihat kerana terkejut.

Rakaman yang menjadi tular di media sosial menunjukkan adegan konfrontasi wanita itu bersama robot berkenaan hingga meraih perhatian orang sekeliling.

“Banyak lagi perkara lain boleh dibuat, kenapa ganggu saya?” jerit individu itu dalam bahasa Kantonis sambil menggerakkan tangannya dalam keadaan marah.

Robot ‘tidak bersalah’ itu yang kemudiannya dibawa pergi oleh individu lain turut mengundang pelbagai reaksi warganet.

Wanita itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada berlaku sentuhan fizikal dengan robot berkenaan.

“Tetapi, dia memerlukan rawatan di hospital,” menurut polis dalam satu kenyataan.

Difahamkan, robot itu dikendalikan oleh lelaki warga tempatan.

Ia sedang diuji oleh pemiliknya yang berhasrat menggunakan robot itu untuk mempromosikan perniagaannya. – AFP

 

 

Ringkasan AI

  • Aktiviti bersiar-siar seorang wanita di Macau bertukar mimpi ngeri apabila ‘diganggu’ oleh sebuah robot manusia
  • Kejadian tersebut menyebabkan wanita itu berasa kurang sihat dan terkejut sehingga memerlukan rawatan hospital
  • Rakaman konfrontasi antara wanita dan robot tersebut menjadi tular di media sosial
  • Robot yang dikendalikan oleh seorang lelaki warga tempatan itu diuji untuk tujuan promosi perniagaan
  • Walaupun tidak berlaku sentuhan fizikal, insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen
Scroll to Top