Tiada Gambar Raya Bersama, Saling ‘Unfollow’ Di Media Sosial… Rumah Tangga Julia Farhana & Dr Che Hafiz Didakwa Bergolak?

Tiada Gambar Raya Bersama, Saling ‘Unfollow’ Di Media Sosial… Rumah Tangga Julia Farhana & Dr Che Hafiz Didakwa Bergolak?

Tiada angin tiada ribut, rumah tangga pelakon, Julia Farhana bersama suaminya, Dr Che Hafiz menimbulkan spekulasi didakwa sedang bergolak.

Isu tersebut mula tercetus selepas mereka tidak memuat naik sebarang foto menyambut Aidilfitri bersama, sebaliknya Dr Che Hafiz hanya berkongsi momen Syawal bersama ibu tercinta sebelum bergerak ke Kota Bharu, Kelantan menaiki Kapal Terbang.

Manakala, menjengah ke Instagaram (IG) Julia pula seolah-olah ‘menyepi’ apabila hantaran terakhirnya di media sosial adalah seminggu yang lalu.

Berdasarkan pemantauan, Julia dan Dr Che Hafiz didakwa sudah tidak saling mengikuti satu sama lain di IG sekali gus menghangatkan lagi spekulasi tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada kedua-dua pihak berhubung dakwaan itu.

Sekadar info, Julia dan Hafiz berkahwin pada 14 April 2022.

Scroll to Top