Op Selamat: 6,382 saman dikeluarkan Polis Pahang

Op Selamat: 6,382 saman dikeluarkan Polis Pahang

am@hmetro.com.my

Kuantan: Sebanyak 6,382 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan sepanjang tempoh Op Selamat 26 bermula 19 Mac lalu hingga semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, daripada jumlah itu, kereta merekodkan jumlah saman tertinggi iaitu 4,032 saman, diikuti motosikal (804), kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lain-lain kenderaan (703).

“Bagaimanapun, jumlah saman itu menurun 167 saman berbanding Op Selamat 24 pada 19 Mac hingga 3 April 2025 yang merekod 6,549 saman membabitkan pelbagai kesalahan antaranya memandu laju,” katanya.

Yahaya berkata demikian ketika ditemui media selepas perhimpunan sempena sambutan Hari Polis Ke-219 peringkat Pahang di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak lima kemalangan maut dengan tujuh kematian direkodkan sepanjang tempoh operasi berbanding enam kemalangan maut dengan lapan kematian pada tahun lalu.

Katanya lagi, 586 kemalangan dicatatkan dalam tempoh sama, meningkat 32 kes berbanding Op Selamat terdahulu.

“Jalan Persekutuan merekodkan 318 kes kemalangan tertinggi, diikuti jalan negeri (56 kes), lebuh raya (50 kes), bandaran (44 kes) dan jalan lain-lain (118 kes),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top