Pasukan keselamatan perlu siap siaga, jaga kedaulatan negara

Pasukan keselamatan perlu siap siaga, jaga kedaulatan negara

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia perlu terus bersiap siaga dan kekal waspada bagi menghadapi apa sahaja ancaman khususnya dalam iklim geopolitik yang hangat ketika ini akibat konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peperangan itu memberi kesan kepada hampir semua negara.

“Malaysia antara negara yang membangun, berkembang, punya potensi dan paling aman yang menyenangkan rakyat kita tetapi menimbulkan keresahan di kalangan pesaing atau musuh-musuh kita.

“Jadi harus waspada dan saya berikan maklumat ini kerana saya juga mendapat penjelasan dari rakan antarabangsa selain daripada risikan.

“Jangan pandang ringan dan enteng soal isu keselamatan negara dalam kemerdekaan ini.

Signs of desperation (tanda-tanda terdesak) timbul di mana-mana peringkat; kita harus lebih waspada dan siap siaga,” katanya pada majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurutnya, ketidaktentuan geopolitik antarabangsa merupakan satu peringatan untuk pihak berkenaan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan kewaspadaan bagi menjaga kedaulatan negara.

Katanya, kepimpinan tertinggi PDRM perlu menetapkan beberapa strategi baharu bagi memastikan keselamatan negara terus terkawal selari dengan situasi semasa.

“Mungkin dalam majlis begini umum, tak dapat saya cerahkan dan beri perinci, tapi percayalah kesilapan paling besar negara-negara dunia adalah apabila mereka rasa selesa.

“Tadi mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara tidak boleh terlepas daripada kebiasaan dari politik dan peperangan akibat serangan Zionis Israel dan Amerika ke atas Iran dan upaya negara Islam Iran membalas dengan begitu berkesan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top