Catcha Digital Perkukuh Portfolio B2B Dengan Pengambilalihan MIFB Bernilai RM3.97 Juta

Catcha Digital Perkukuh Portfolio B2B Dengan Pengambilalihan MIFB Bernilai RM3.97 Juta

Catcha Digital Berhad hari ini mengumumkan satu langkah strategik apabila anak syarikatnya, One International Exhibition Sdn Bhd, menandatangani perjanjian untuk mengambil alih 100% pegangan dalam Constellar Exhibitions Malaysia Sdn Bhd (CEM).

Pengambilalihan ini melibatkan nilai tunai sebanyak RM3,971,715 dan merangkumi penganjur Malaysian International Food & Beverage Trade Fair (MIFB), iaitu antara acara perdagangan F&B paling utama di rantau ASEAN.

MIFB platform utama industri F&B ASEAN

Catcha Digital

MIFB yang bakal menyambut ulang tahun ke-25 pada tahun 2026 merupakan platform B2B yang menghubungkan keseluruhan rantaian nilai industri makanan dan minuman, termasuk pengeluar, OEM, pengedar, pemain HORECA, pengimport, pengeksport serta penyedia perkhidmatan dari seluruh ASEAN dan antarabangsa.

Bagi edisi 2025, MIFB berjaya menarik 12,097 pengunjung unik dan 500 syarikat pameran dari 84 negara, melibatkan tiga acara serentak, tujuh dewan pameran, 55 penceramah dan 44 sesi perkongsian ilmu.

Edisi 2026 pula dijangka lebih besar dengan sasaran lebih 13,000 pengunjung, 520 syarikat pameran dan penyertaan dari 85 negara, meliputi lebih 15,000 meter persegi ruang pameran di Kuala Lumpur Convention Centre pada 15 hingga 17 Julai 2026.

Patrick Grove

Patrick Grove, Pengerusi Catcha Digital berkata,

MIFB adalah antara jenama paling kukuh dalam ruang pameran perdagangan B2B di Asia Tenggara, dengan asas peserta yang setia, capaian antarabangsa yang luas serta rekod prestasi yang terbukti. Pengambilalihan ini merupakan lanjutan semula jadi kepada platform yang dibangunkan di bawah One International yang kini merangkumi sektor pertanian, pembinaan dan F&B. Kami membina portfolio expo B2B yang pelbagai dan MIFB merupakan tambahan yang sangat signifikan.

Ketua Pegawai Eksekutif One International, Roger Lim turut berkata,

MIFB telah membina kepercayaan industri F&B selama 25 tahun dan kami teruja untuk membawanya di bawah One International. Kami melihat peluang besar untuk memperkukuh pameran ini melalui sinergi portfolio serta meluaskan capaian dalam industri, khususnya bagi membantu syarikat F&B Malaysia dan ASEAN berkembang,

Industri F&B Malaysia terus berkembang

Menurut Statista, pasaran makanan Malaysia dianggarkan bernilai US$61.38 bilion pada tahun 2025 dan dijangka berkembang pada kadar 6.6% setahun sehingga 2030.

Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan domestik yang kukuh, perkembangan sektor HORECA serta kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN yang mempunyai lebih 680 juta pengguna.

MIFB dilihat sebagai platform penting dalam menyokong pertumbuhan ini dengan menyediakan ruang untuk perdagangan, inovasi produk dan pembentukan kerjasama strategik dalam industri.

Sepanjang tahun 2025, Catcha Digital telah melengkapkan tujuh pengambilalihan dalam sektor media digital, teknologi dan pameran B2B, termasuk syarikat seperti Headline Media, Maxoom, Framemotion Studio, One International, Tastefully Malaysia, Drive 2 Digital dan Nexible Solutions.

Kesemua pengambilalihan ini dijangka menyumbang keuntungan proforma sekitar RM16.1 juta kepada syarikat berdasarkan tempoh 12 bulan selepas penyempurnaan atau tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Pssttt! Pengambilalihan MIFB oleh Catcha Digital dilihat sebagai langkah strategik yang selari dengan potensi pertumbuhan industri F&B di Malaysia dan ASEAN. Ia bukan sahaja memperluas portfolio syarikat, malah membuka peluang lebih besar kepada pemain industri tempatan untuk berkembang ke peringkat serantau dan global.

Kredit: Catcha Digital
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top