Senangnya kau tunjuk lesen memandu Bangladesh

Senangnya kau tunjuk lesen memandu Bangladesh

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Lelaki warga Bangladesh ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur selepas memandu kereta tanpa lesen di Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, ketika ditahan lelaki itu memberi alasan mahu menghantar abangnya bekerja dengan menunjukkan lesen memandu Bangladesh.

“Kenderaan itu adalah milik syarikat tempat kerja abang pemandu kereta berkenaan.

“Mereka ketika itu menghala ke Kedutaan Bangladesh untuk menghantar abangnya bekerja,” katanya tadi.

Beliau berkata, susulan itu, kenderaan terbabit disita bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“JPJ Kuala Lumpur sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top