Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menyifatkan dirinya seorang lelaki paling bertuah selepas sah mengikat tali pertunangan dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
Syed Saddiq berkata bakal isterinya seorang wanita yang tidak pernah kenal erti penat dan terus bangkit meskipun berdepan ujian.
BACA: “Saya Kenal Saddiq 33 Tahun, Pertama Kali Lihat Dia Kata ‘I Love You’” – Space Dollah
“Saya lelaki paling bertuah. Yang penting adalah pengakhiran pertunangan ini antara saya dan Bella. Saya dapat melihat sisi berbeza dirinya.
“Ramai mungkin kenal dia sebagai iron lady, tetapi saya berpeluang melihat sisi lain dirinya. Dia seorang wanita yang tidak pernah faham erti penat. Dalam setiap kepayahan, jatuh dan bangunnya, dia berusaha sendiri untuk bangkit semula,” katanya.
Sementara itu, Saddiq mengakui perasaan cintanya terhadap Bella bermula daripada sebuah persahabatan serta menyifatkan penyanyi itu seorang ibu yang penyayang.
“Saya jatuh cinta kepadanya sebagai seorang kawan, dan itu sangat penting. Saya mencintai Bella sebagai wanita yang hebat.
“Yang lebih penting, Bella adalah seorang ibu yang sangat penyayang. Kasih sayangnya kepada anak-anak mengingatkan saya kepada ibu bapa saya sendiri. Itu sangat bermakna,” katanya.
Sumber: Harian Metro




