Dua universiti Iran musnah, IRGC ancam tindak balas

Dua universiti Iran musnah, IRGC ancam tindak balas
Dua universiti Iran musnah, IRGC ancam tindak balas

IRGC mengeluarkan ancaman pada Ahad selepas serangan AS dan Israel memusnahkan dua universiti di Iran. Foto AFP

TEHERAN – Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) pada Ahad mengancam untuk menyasarkan universiti milik Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat susulan dakwaan serangan AS dan Israel telah memusnahkan dua universiti di Iran.

Dalam kenyataan disiarkan media tempatan, pihak berkenaan memberi amaran bahawa universiti AS di rantau itu berdepan tindakan balas sekiranya Washington gagal mengecam serangan tersebut.

“Jika kerajaan AS mahu universiti mereka di rantau ini bebas daripada tindak balas, mereka mesti mengutuk pengeboman universiti secara rasmi sebelum jam 12 tengah hari Isnin (waktu Teheran),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama turut menasihatkan kakitangan, pensyarah dan pelajar universiti AS di rantau berkenaan supaya menjauhi kampus sekurang-kurangnya satu kilometer sebagai langkah keselamatan.

Antara universiti AS yang mempunyai kampus di rantau itu termasuklah Texas A&M University di Qatar dan New York University di Emiriah Arab Bersatu.

Dalam perkembangan berkaitan, serangan pada malam Jumaat hingga Sabtu telah mengenai Iran University of Science and Technology (IUST) di timur laut Teheran, menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan, namun tidak melibatkan sebarang korban jiwa. – AFP

Ringkasan AI

  • Pasukan Pengawal Revolusi Iran mengancam universiti AS di Asia Barat.
  • Iran mendesak AS mengutuk serangan ke atas dua universiti Iran.
  • Tarikh akhir untuk AS buat kecaman rasmi ialah tengah hari Isnin waktu Teheran.
  • Kakitangan dan pelajar universiti AS dinasihatkan menjauh sekurang-kurangnya satu kilometer.
  • Universiti AS seperti Texas A&M di Qatar dan New York University di Emiriah Arab Bersatu berpotensi jadi sasaran.
Scroll to Top