Oh! Artis
Anak Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim selamat bertunang dengan gadis Singapura. Majlis sederhana tapi penuh makna!
Tahniah diucapkan kepada anak sulung pelakon popular, Abby Abadi apabila Mohamed Danish Hakim selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung pada Sabtu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Abby menerusi Instagram miliknya, sekali gus mengundang ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.
Anak Abby Abadi pilih gadis asal Singapura
Danish memilih gadis asal Singapura dikenali sebagai Shalinda sebagai bakal pasangan hidupnya.
Dalam perkongsian tersebut, Abby turut memuat naik momen indah ketika dia menyarungkan cincin di jari manis Shalinda, yang tampil anggun dengan busana berwarna merah jambu.
Alhamdulillah selamat bertunang Danish dan Shalinda. Semoga Allah mudahkan segala urusan untuk ke fasa seterusnya.
Majlis dihadiri keluarga terdekat
Majlis pertunangan itu berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah, dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.
Untuk rekod, Danish merupakan anak hasil perkahwinan Abby bersama bekas suaminya, Norman Hakim.
Pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 sebelum berpisah pada 2009. Selain Danish, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Pssttt! Setiap fasa dalam hidup adalah satu perjalanan. Raikan dengan penuh kesyukuran dan doakan yang baik-baik untuk masa depan pasangan ini.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




