Lelaki warga Palestin hilang di Kajang

Lelaki warga Palestin hilang di Kajang

am@hmetro.com.my

Kajang: Seorang lelaki warga Palestin dilaporkan hilang selepas kali terakhir berada di Rumah Pangsapuri Bukit Mewah, Taman Bukit di sini, sejak 23 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan Al Baraa Monir Sobhi Alqedra, 22, diterima pada 5.56 petang, 24 Mac lalu.

Katanya, lelaki itu dipercayai hilang pada 8 pagi dan lokasi terakhirnya di A 36, Rumah Pangsapuri Bukit Mewah, Taman Bukit.

“Lelaki itu berketinggian kira-kira 180 sentimeter (cm), berat badannya dianggarkan 70 kilogram (kg) dan bertubuh kurus.

“Dia berbaju t-shirt berwarna kuning dan seluar panjang warna hitam (pakaian terakhir sebelum dilaporkan hilang),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222, atau Ketua Polis Balai Kajang, Inspektor Shisheewady Ruzani (016-8565670).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top