“Nikah Di Thailand Sah, Sijil Nikah Sudah Perolehi” – Peguam Jelaskan Kekeliruan Kes Aslam Dan Marissa

“Nikah Di Thailand Sah, Sijil Nikah Sudah Perolehi” – Peguam Jelaskan Kekeliruan Kes Aslam Dan Marissa

Oh! Artis

Status nikah Ahmad Aslam dan Marissa sah, peguam sahkan sijil nikah diperoleh selepas bernikah di Thailand.


Kisah rumah tangga personaliti media sosial, Ahmad Aslam bersama Marissa Dania sekali lagi jadi perhatian ramai.

Pelbagai spekulasi timbul sehingga menimbulkan kekeliruan tentang status sebenar perkahwinan mereka.

Sijil nikah sudah diperoleh, urusan ikut undang-undang

Terbaru, Aslam dan peguamnya tampil menjelaskan kekeliruan yang telah tersebar luas. Peguamnya, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata, isu perkahwinan di Thailand sah dan sudah selesai.

Kekeliruan yang pertama adalah tentang bila Aslam daftar nikah atau daftar lambat. Kalau diikutkan apa yang dia buat inilah proses paling cepat yang kita dapat laksanakan. Kalau ikutkan Aslam tidak boleh nak failkan apa-apa kes selepas daripada ini tapi kita berjaya untuk failkan. Nikah di Thailand sudah pun selesai dan sebenarnya, cerita itu telah pun ditutup. Pernikahan mereka adalah sah mengikut hukum syarak.

Tambah peguam lagi, sijil nikah juga telah berjaya diperoleh di mana dia turut menyertakan bukti sijil dalam hantaran itu.

Sijil nikah mereka berjaya peroleh. Kalau tiada sijil nikah mereka tidak dapat nak buat proses seterusnya.

Menurut Ammar lagi, segala tindakan yang diambil oleh Aslam adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan bukan seperti yang didakwa segelintir pihak yang mengatakan mereka sengaja melengah-lengahkan proses.

Terdahulu, Aslam dilaporkan pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025, namun mereka kembali rujuk dalam bulan yang sama bagi kedua-dua lafaz tersebut.

Permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk itu telah difailkan pada 10 Mac lalu.

Pssttt! Isu rumah tangga melibatkan figura dikenali memang sukar lari daripada perhatian ramai. Namun, apabila perkara sudah melibatkan undang-undang dan penjelasan rasmi, mungkin sudah tiba masa untuk kita berhenti membuat spekulasi berlebihan. Apa pun, semoga semua pihak diberikan jalan terbaik dalam menyelesaikan kemelut ini.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top