“Kami Dalam Proses Berpisah…Harap Tiada Lagi Kenyataan Dari Mana-Mana Pihak” 

“Kami Dalam Proses Berpisah…Harap Tiada Lagi Kenyataan Dari Mana-Mana Pihak” 

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim meminta orang ramai berhenti membuat andaian mengenai isu melibatkan rumah tangganya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Marissa turut memaklumkan dia dan suaminya, Aslam kini dalam proses berpisah.

BACA: “Saya Akui Salah…Saya Tak Dapat Hak Sebagai Isteri Seperti Yang Sepatutnya” 

“Perbicaraan kes kelmarin telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum memberikan keterangan.

“Kami kini dalam proses berpisah, dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah Cerai,” tulisya.

Sementara itu, Marissa turut berharap agar tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak serta memohon diberi sedikit ruang.

“Saya harap tiada lagi kenyataan daripada mana-mana pihak.  Beri sedikit ruang dan tolong jangan membuat sebarang kesimpulan ataupun andaian sendiri,” tulisnya.

Isnin lalu, Aslam dan Marissa hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan pada 10 Mac lalu.

Peguam syarie yang mewakili mereka berkata Aslam dikatakan kembali rujuk pada bulan sama ketika kedua-dua lafaz dibuat pada September 2024 dan Jun 2025.


Scroll to Top