Perancis pintas Sepanyol untuk kembali ke ranking no 1 dunia

Perancis pintas Sepanyol untuk kembali ke ranking no 1 dunia

Paris:

Perancis memintas Sepanyol untuk kembali menduduki tangga nombor satu ranking dunia FIFA buat kali pertama sejak September 2018.

Kemenangan memberangsangkan dalam aksi persahabatan bulan lalu menentang Brazil dan Colombia melonjakkan Perancis dua anak tangga dalam ranking yang dikeluarkan pada Rabu.

Sepanyol turun ke kedudukan kedua manakala juara bertahan Piala Dunia FIFA, Argentina, jatuh satu anak tangga ke tempat ketiga. England kekal di tangga keempat dan Portugal naik satu anak tangga untuk melengkapkan kelompok lima terbaik.

Sepanyol sebelum ini menduduki tangga teratas sejak September 2025, namun baru sahaja mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Mesir pada Selasa.

Brazil turun satu anak tangga ke kedudukan keenam, manakala Belanda, Maghribi, Belgium dan Jerman melengkapkan senarai 10 terbaik.

Bagi tuan rumah bersama Piala Dunia musim panas ini, Mexico naik satu anak tangga ke kedudukan ke-15 dengan bertukar tempat bersama skuad kebangsaan lelaki Amerika Syarikat yang kini di tangga ke-16. Kanada pula berada di kedudukan ke-30.

Sebanyak 37 daripada 48 pasukan yang akan beraksi pada Piala Dunia di Amerika Utara musim panas ini berada dalam kelompok 50 terbaik dunia. Hanya tiga daripada 30 pasukan terbaik dunia yang gagal layak ke Piala Dunia iaitu Itali di kedudukan ke-12, Denmark (ke-20) dan Nigeria (ke-26).

France has overtaken Spain to regain the No. 1 spot in the FIFA world rankings for the first time since September 2018.

Impressive wins in friendlies last month against Brazil and Colombia moved France up two spots in the rankings released on Wednesday.

Spain dropped to No. 2 and defending FIFA World Cup champion Argentina slipped one spot to No. 3. England held steady at No. 4 and Portugal climbed one spot to close out the top five.

Spain had occupied the top spot since September 2025 but is coming off a scoreless draw Tuesday against Egypt.

Brazil fell one spot to No. 6, with the Netherlands, Morocco, Belgium and Germany rounding out the top 10.

As far as this summer’s World Cup co-hosts, Mexico moved up a spot to No. 15, switching places with the U.S. Men’s National team at No. 16. Canada is ranked 30th.

Thirty-seven of the 48 teams set to compete this summer in North America are ranked in the top 50. Only three of the top 30 will miss the World Cup: No. 12 Italy, No. 20 Denmark and No. 26 Nigeria.

–Field Level Media

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top