Pelakon Norman Hakim berkongsi momen penuh emosi menemani anaknya, Maria Danisha mengambil keputusan SPM 2025 secara dalam talian.
Bukan sekadar ucapan tahniah, malah coretan tersebut sarat dengan rasa kasih, penghargaan dan juga sedikit penyesalan seorang ayah terhadap anaknya.
Norman minta maaf jika pernah buat anak rasa tak dihargai
Apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila Norman secara terbuka memohon maaf kepada anaknya jika pernah membuatkan dia rasa tidak dihargai.
Dalam masa sama, dia turut mengakui segala usaha, kesabaran dan kekuatan anaknya sepanjang menghadapi peperiksaan itu.
Norman turut meluahkan rasa bangga apabila anaknya berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2025.
Di akhir perkongsian, Norman menegaskan bahawa anaknya tidak perlu memikul segalanya seorang diri dan sentiasa ada sokongan daripadanya.
Pssttt! Kadang-kadang, kata-kata “maaf” dan “aku nampak usaha kau” daripada ibu bapa adalah hadiah paling besar buat seorang anak. Momen seperti ini bukan sahaja tentang keputusan SPM, tapi tentang hubungan yang semakin kuat antara ayah dan anak. Respect!
Kredit: Instagram Norman Hakim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




