“Sabar Ada Batas, Kalau Ikutkan Hati Dah Lama Tersebar Aib Awak” – Adik Que Haidar

“Sabar Ada Batas, Kalau Ikutkan Hati Dah Lama Tersebar Aib Awak” – Adik Que Haidar

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kenyataan bekas isteri pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine seolah memberi bayangan punca perceraian mereka.

Terbaru, adik kepada Que Haidar iaitu Tengku Dayangku Nazira dilihat memberi respon susulan kenyataan bekas kakak iparnya itu.

BACA: “Lindungi Anak Dari Kejahatan” – Linda Jasmine Beri Bayangan Punca Cerai Que Haidar

Menerusi perkongsian di Insta Story, Dayang Nazira meluahkan rasa kesal terhadap individu yang didakwa menyebarkan perkara tidak benar.

Menurut Dayang lagi, dia enggan membuka aib sesiapa  dan bersabar selama ini kerana abangnya serta meminta pihak yang tidak tahu cerita lebih baik berdiam diri.

“Kita malas nak buka aib orang tapi kalau saya dah buka, awak malu sampai tak keluar nanti. Malu nak jumpa media.

“Sabar orang ada limit jadi berpada-pada buat cerita tu. Saya sabar sebab abang saja, kalau ikutkan hati dah lama tersebar aib awak tu.

“Jangan risau, orang tidak bodoh. Cepat atau lambat semua orang akan tahu siapa yang jahat’. Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam daripada menyakiti orang lain dengan fitnah,” tulisnya.

Sementara itu, dalam perkongsian terbaru, Dayang berkata keluarganya telah melayan Linda dengan baik sepanjang tempoh dia menjadi kakak ipar mereka.

“Kami sekeluarga layan sebaik-baiknya die… Tak sangka difitnah sebegini. Terima Kasih bekas kakak ipar atas fitnah yang disebar. Semoga Allah membalasss. Semoga Allah melindungi Abang saya,” tulisnya.

Terdahulu, Linda dilihat membalas komen individu di TikTok mendakwa perpisahan mereka terjadi kerana mahu melindungi anak-anak daripada kejahatan.


Scroll to Top