Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi momen menghantar isterinya, pelakon Ardell Aryana untuk berlepas ke Barcelona bagi menyertai misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla 2.0.
Berangkat sertai Global Sumud Flotilla 2.0
Screenshot
Menerusi perkongsian di Instagram, Nadzmi mendoakan keselamatan Ardell dalam usaha menjejakkan kaki ke bumi Gaza dan berjaya menamatkan misi dan pulang dalam keadaan selamat.
https://www.instagram.com/p/DWwStpLEzcu/
“Saya, anak-anak dan keluarga kita semua tunggu awak balik ya. Semoga kali ini awak dapat jejakkan kaki di bumi Gaza,” katanya, hari ini.
Dia juga memberikan kata-kata semangat kepada isterinya agar terus kuat membawa amanah yang telah diberikan dan ikhlas membantu rakyat Palestin memerlukan.
Screenshot
“Luruskan niat awak, kami sentiasa mendoakan awak.
“Semoga Allah reda dengan usaha awak membantu ummah dan semoga Allah permudahkan awak dan semua yang terlibat. Semoga berjaya isteriku, teman gaduh, bestfriend and soul mate,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Ardell Aryana dipuji fokus misi bantuan, tak campur isu semasa
Screenshot
Difahamkan, setakat ini sebanyak empat kumpulan Global Sumud Flotilla 2.0 delegasi Malaysia sudah pun berlepas untuk menjayakan misi kemanusiaan ini.
Selain Ardell, antara personaliti dan pendakwah yang turut serta dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ini adalah pasangan beradik Heliza dan Hazwani Helmi, PU Rahmat, PU Amin, Imam Asyraf dan Haroqs.
Terdahulu, kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 melancarkan misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada 12 April ini bermula dari pelabuhan Barcelona, Sepanyol.




