“Saya Yang Suruh..” – Pelanggan ‘Complaint’ Cara Staf Rembayung Ambil Gambar, Khairul Aming Bersuara

“Saya Yang Suruh..” – Pelanggan ‘Complaint’ Cara Staf Rembayung Ambil Gambar, Khairul Aming Bersuara

Trending

Pelanggan ‘complaint’ cara staf Rembayung ambil gambar, Khairul Aming tampil jelaskan sebab ambil banyak shot.


Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads mencetuskan perdebatan apabila seorang pelanggan meluahkan rasa kurang senang dengan cara staf di Rembayung mengambil gambar.

Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan menyifatkan cara staf mengambil gambar seperti menekan butang kamera secara berterusan tanpa teknik yang betul.

Pelanggan pertikai cara ambil gambar

Khairul Aming

Luahan tersebut mendapat kritikan daripada pengguna media sosial yang lain menegaskan pelanggan hanya datang untuk makan, bukan mendapatkan servis fotografi profesional.

Rembayung Khairul Aming

Tidak lama selepas itu, pemilik Rembayung iaitu Khairul Aming tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, tindakan staf mengambil banyak gambar sebenarnya adalah atas arahannya sendiri bagi memudahkan pelanggan memilih gambar yang terbaik.

Tambahnya lagi, premis tersebut menerima sekitar 800 pelanggan setiap hari, menyebabkan staf perlu bergerak pantas dan tidak sempat untuk mengambil gambar secara satu persatu dengan lebih teliti.

Pssttt! Kadang-kadang benda kecil boleh jadi besar bila tak faham situasi sebenar. Dalam kes ini, pelanggan mungkin ada expectation tertentu, tapi dari sudut operasi, staf pula perlu bekerja dalam keadaan yang sangat sibuk. Mungkin lepas ini, kedua-dua pihak boleh lebih memahami supaya pengalaman jadi lebih baik untuk semua.

Kredit: Thread Khairul Aming
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top