“Saya Akan Buktikan Saya Serius” – Sam Lim Kahwin Dengan Isteri Lepas 6 Bulan Berkenalan

“Saya Akan Buktikan Saya Serius” – Sam Lim Kahwin Dengan Isteri Lepas 6 Bulan Berkenalan

Trending

Menurut Parisa Ardina, Sam Lim membuktikan dia betul-betul serius.


Pempengaruh terkenal, Sam Lim mengejutkan ramai apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Parisa Ardina hari ini.

BACA: Pempengaruh Sam Lim Selamat Bergelar Suami Kepada Parisa Ardina, Kacak Berbaju Melayu Putih

Netizen meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada Sam Lim yang kini bergelar seorang mualaf.

Terbaru, Sam Lim atau nama barunya, Muhammad Zavian Lim berterima kasih di atas doa orang ramai.

“Ada orang cakap ni semua content, untuk bisnes”

Dia menafikan dakwaan bahawa hubungan dengan Parisa untuk meraih perhatian dan menaikkan engagement untuk tujuan bisnes.

Sam Lim

Sementara itu, isterinya berkongsi detik perkenalan dengan Sam Lim di mana dia diajak menonton MotoGP pada Oktober 2025.

Sam Lim
Sam Lim

Sebulan kemudian, Sam Lim meluahkan isi hati dan bertanyakan jika Parisa sudi menjadi kekasihnya. Pada Februari 2026, Sam Lim melamar untuk berkahwin dengannya dan bertemu ibu bapa untuk merisik.

Parisa
Parisa
Sam Lim

Kurang dua bulan kemudian, pasangan ini diijabkabul sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Pssttt! Tahniah buat Zavian Lim dan Parisa Ardina! Senyap-senyap je peluk Islam kemudian kahwin kan. Apa-apa pun, didoakan semoga ikatan yang dibina kekal buat selama-lamanya.

Kredit: TikTok Sam Lim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top