“Saya Tak Kayu, Tolonglah Ambil Berlakon” – Faye Kusairi Akui Pengikut Sikit Punca Kurang Releven

“Saya Tak Kayu, Tolonglah Ambil Berlakon” – Faye Kusairi Akui Pengikut Sikit Punca Kurang Releven

Pelakon, Faye Kusairi berharap terus diberi peluang membintangi naskhah berkualiti meskipun mengakui dirinya tidak tergolong dalam kelompok artis dengan pengikut ramai di media sosial ketika ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang, 38, berkata, dia sentiasa komited dalam setiap tugasan lakonan termasuk menepati masa dan memahami kehendak watak yang diberikan.

“Selagi saya tak merajuk, tolonglah ambil saya berlakon untuk naskhah yang baik. Saya tak pernah datang ke set penggambaran lambat, sentiasa menepati masa.

“Saya sentiasa bersedia mengikut skrip dan watak seperti yang diperlukan, saya juga semestinya tidak ‘demand’,” katanya.

Menurut Faye, antara kekangan yang mungkin menjadi faktor dirinya kurang menyerlah ketika ini adalah kerana tidak mempunyai pengikut yang ramai di platform media sosial.

“Kekurangan saya mungkin hanya tak terkenal dengan pengikut ramai, yang mana membuatkan saya kurang relevan masa kini.

“Entah lah, yang penting saya tahu saya tak kayu,” katanya lagi.

Perkongsian itu bagaimanapun menerima reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya memuji kualiti lakonan Faye dan menyifatkan dia sebagai pelakon berbakat besar.

Malah, ramai berpendapat kredibiliti serta pengalaman yang dimiliki Faye wajar terus diberi perhatian oleh penerbit dan pengarah dalam industri drama tempatan.

Scroll to Top