Uganda bersedia bantu Israel ‘tawan’ Iran

Uganda bersedia bantu Israel ‘tawan’ Iran
Uganda bersedia bantu Israel ‘tawan’ Iran

Jeneral Muhoozi Kainerugaba. Foto Agensi

KAMPALA – Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa selepas mendakwa kesediaan menghantar 100,000 anggota tentera negaranya untuk mempertahankan Israel, selain menyatakan 500,000 lagi boleh digerakkan untuk menawan Teheran.

Dalam beberapa hantaran di platform X, beliau menyatakan kesediaan untuk mengerahkan pasukan besar bagi menyokong Israel, dengan alasan mempertahankan ‘Tanah Suci’.

“Saya bersedia mengerahkan 100,000 askar Uganda di Israel di bawah komando saya untuk melindungi Tanah Suci,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, beliau turut mendakwa memiliki ratusan ribu ‘pemuda yang bersedia berperang’ dan menyatakan mereka mampu menawan ibu negara Iran, Teheran, dalam skala besar.

Beliau juga sebelum ini pernah menyatakan sokongan terbuka kepada Israel, termasuk memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk memusnahkan negara itu akan mendorong Uganda terlibat dalam konflik di pihak Israel.

Kainerugaba, 51, yang merupakan anak kepada Presiden Uganda, Yoweri Museveni, kini mengetuai Angkatan Pertahanan Rakyat Uganda (UPDF) dan sering mencetuskan kontroversi melalui kenyataan di media sosial berkaitan isu antarabangsa. – Agensi

Scroll to Top