LG perkukuh strategi inovasi kediaman pintar di Asia Pasifik

LG perkukuh strategi inovasi kediaman pintar di Asia Pasifik

LG Electronics (LG) terus memperkukuh kedudukannya di pasaran Asia Pasifik dengan memperkenalkan strategi pertumbuhan serta inovasi terbaharu menerusi penganjuran LG InnoFest 2026 APAC di Busan, Korea Selatan, baru-baru ini.

Acara yang menghimpunkan lebih 200 rakan strategik dan wakil media dari kira-kira 20 negara itu menjadi platform penting bagi peneraju global dalam peralatan rumah tersebut berkongsi hala tuju perniagaan.

Selain itu, melalui penganjuran berkenaan turut membuka peluang kepada syarikat memperkenalkan rangkaian penyelesaian kediaman pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang disesuaikan dengan keperluan pengguna di rantau ini.

Bertemakan ‘Innovation, Forward Together’ pameran tersebut menampilkan pelbagai teknologi dan produk berteraskan gaya hidup masyarakat Asia, merangkumi penyelesaian dobi, dapur serta peralatan built-in yang lebih praktikal dan efisien.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau LG Electronics Asia Pasifik, Jaeseung Kim berkata, Asia kekal sebagai antara pasaran paling penting dan dinamik bagi syarikat itu.

Menurutnya, LG akan terus memperkasa inovasi berasaskan teknologi bagi memenuhi keperluan pengguna serta mempertingkatkan kualiti kehidupan harian melalui penyelesaian kediaman pintar.

“Asia merupakan antara pasaran kami yang paling dinamik dan penting dan InnoFest 2026 memberikan peluang berharga untuk kami berhubung dengan rakan kongsi serta berkongsi visi kami untuk masa depan,” katanya.

Antara yang mencuri tumpuan ialah pengembangan rangkaian WashTower dengan saiz baharu 25 inci direka khusus untuk kediaman yang mempunyai ruang terhad.

Selain itu, mesin basuh muatan atas terkini turut dilengkapi teknologi AI yang mampu mengoptimumkan cucian mengikut jenis fabrik dan tahap kekotoran.

LG turut memperkenalkan teknologi TurboWash 3D yang mempercepatkan proses cucian dalam tempoh kurang 30 minit, selain ciri pembahagi automatik yang memudahkan penggunaan harian.

Dalam segmen dapur pula, menampilkan peti sejuk dengan reka bentuk Fit & Max yang dilengkapi Zero Clearance Hinge, membolehkan pemasangan lebih kemas tanpa memerlukan ruang tambahan.

Selain itu, Inovasi Ice Solution pula menyediakan empat jenis ais bagi memenuhi keperluan pengguna Asia.

Bagi meningkatkan kecekapan kerja dapur, mesin pencuci pinggan terbaharu LG mampu menyelesaikan kitaran basuh dan kering dalam masa satu jam

Manakala, teknologi QuadWash Pro memastikan pembersihan menyeluruh melalui semburan bertekanan tinggi dari pelbagai sudut.

Tidak ketinggalan, syarikat berkenaan turut memperkenalkan Camera Oven yang menggunakan kamera dalaman untuk mengenal pasti bahan masakan serta mencadangkan mod memasak yang sesuai, sekali gus membantu pengguna menghasilkan hidangan dengan lebih tepat.

Dalam usaha memperkasa pengalaman kediaman pintar, LG menampilkan visi AI Home yang menghubungkan peralatan rumah melalui platform ThinQ ON.

Teknologi berkenaan membolehkan peranti berkomunikasi secara lancar bagi mewujudkan ekosistem rumah pintar yang lebih intuitif.

Selain itu, syarikat berkenaan turut memperluaskan perkhidmatan langganan peralatan rumah, LG Subscribe, ke beberapa pasaran Asia termasuk Malaysia, sejajar dengan peningkatan permintaan di kawasan bandar.

 

 

Scroll to Top