“I’m Home!” – Khairy Jamaluddin Sah Kembali Sertai UMNO, Luah Rasa Syukur | Trending – Oh! Media

“I’m Home!” – Khairy Jamaluddin Sah Kembali Sertai UMNO, Luah Rasa Syukur | Trending – Oh! Media

Trending

Khairy Jamaluddin kembali sertai UMNO di bawah inisiatif Rumah Bangsa. Luah “I’m home” dan ucap terima kasih kepada Zahid Hamidi.


Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akhirnya kembali menyertai UMNO apabila menjadi antara 6,252 bekas ahli dan pimpinan yang diterima semula ke dalam parti.

Menerusi hantaran di Instagram, Khairy memuat naik satu gambar lama dirinya berserta kapsyen ringkas yang penuh makna.

I’m home (Saya kembali).

Khairy Jamaluddin ucap terima kasih kepada Presiden UMNO

Khairy Jamaluddin
Kredit Foto IG | Khairy Jamaluddin

Menurut laporan Harian Metro, Khairy turut menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Zahid Hamidi serta barisan kepimpinan parti atas keputusan menerima semula keahliannya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa ribuan bekas ahli termasuk Hishammuddin Hussein dan Syed Hamid Albar turut diterima semula di bawah inisiatif Rumah Bangsa.

Inisiatif ‘Rumah Bangsa’ beri peluang u tuk kembali tanpa syarat

Khairy Jamaluddin 2

Inisiatif yang diperkenalkan ini memberi peluang kepada mana-mana ahli yang pernah digantung, dipecat atau keluar parti untuk kembali tanpa syarat.

Khairy sebelum ini telah mengemukakan rayuan agar pemecatannya dibatalkan dan nombor keahlian asal diaktifkan semula.

Bekas Menteri Kesihatan itu menyifatkan peluang kembali ke dalam UMNO sebagai satu ruang untuk terus berkhidmat kepada negara.

Beliau bersyukur diberikan kesempatan untuk kembali meneruskan khidmat bakti dalam perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Pssttt! Dalam kehidupan, pintu kedua sentiasa ada. Yang penting adalah keikhlasan untuk kembali dan terus berbuat kebaikan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top