Pelakon Norisha Karman berkata sekiranya mempunyai wang sebanyak RM200,000, dia akan membeli kereta baru untuk kemudahan anak-anak.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri bertanya apa dia akan lakukan jika mempunyai wang sebanyak itu.
BACA: “Kan Manda Dah Kata, Ramai Dah Nak Tuntut Hutang” – Anak Norish Karman

Norish berkata dia mahu membeli kereta baru dengan memberikan contoh MPV berharga RM150,000 jika ada wang RM200,000.
Menurut Norish, kereta merupakan satu keperluan buat mereka sekeluarga dan sebelum ini mereka pernah tidur di dalam kereta keraa elektrik rumah dipotong.
Datuk Aliff Syukri baru tanya Norish Karman apa yang dia akan buat kalau dapat RM200k.
First terus nak tukar kereta harga RM150k MPV katanya. Boleh je beli second around RM50-60k MPV i guess and duit lebihan buat bayar hutang or apa ? pic.twitter.com/gic8NW3uys
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 18, 2026
“Kereta itu ada essential. Boleh hantar anak pergi sekolah. Kalau elektrik kena potong boleh tidur dalam kereta. Bagi kami sekeluarga kereta tu sangat penting.
“Jadi kalau ada RM200,000, Memang saya beli keretalah. Saya tukar MPV besar baru. Anak-anak tak sakit kaki, semua makin besar makin tinggi,” katanya.
Tambah Norisha lagi, jika mempunyai wang sebanyak itu selebihnya dia akan membayar hutang dan untuk kelangsungan anak-anak, namun turut menegaskan dia mahu bekerja.
“Baki daripada wang itu baru saya akan bayar hutang sikit sikit dahulu. Tidak perlu bayar jumlah banyak-banyak.
“Umpamalah kita bayar beli kereta MPV harga RM150,000, tinggal RM50,000 bayar rumah, hutang dan perbelanjaan anak. Tapi saya masih nak kerja, anak-anak nak kerja. Kami nak berniaga kalau boleh,” katanya.




