Usahawan, Abiejam atau Mohd Khairul Nizam Wahiddin akhirnya tampil menjelaskan keadaan selepas namanya dikaitkan dengan kontroversi membabitkan pelakon Azar Azmi yang sedang tular.
Isu menjadi hangat apabila timbul dakwaan kononnya wujud pemberian wang RM40,000 daripada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri kepada Azar Azmi, sehingga mengheret nama Abiejam dalam spekulasi netizen.
“Saya tak tahu langsung pasal duit tu!” – Abiejam
Menerusi Tiktok, Abiejam menegaskan dia tidak pernah mengetahui tentang urusan wang berkenaan dan menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya.
Saya memang tak tahu langsung pasal duit tu jangan la cakap yang saya seolah-olah tahu semuanya.
Menurutnya lagi, berlaku kekeliruan apabila kenyataannya sebelum ini disalah tafsir hingga menimbulkan persepsi negatif terhadap dirinya.
Abiejam turut menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini hanya merujuk kepada isu viral Azar Azmi dan bantuan yang diberikan Datuk Aliff Syukri, bukan melibatkan jumlah wang seperti yang diperkatakan.
Ini dua cerita berbeza. Bab duit RM40,000 tu memang saya tak tahu langsung.
DSV tegur, minta isu tidak dibesar-besarkan

Dalam masa sama, usahawan itu turut menerima teguran daripada Datuk Seri Vida (DSV) yang meminta supaya isu berkenaan diselesaikan secara baik tanpa perlu diperbesarkan di media sosial.
Abiejam juga berharap orang ramai berhenti membuat andaian dan tidak terus mengaitkan dirinya dengan perkara yang tidak diketahuinya.
Sebelum ini, nama Abiejam turut menjadi bualan selepas tular dakwaan beliau pernah menuntut semula wang RM15,000 daripada Azar Azmi selepas gagal menjejaki pelakon itu selama enam tahun.
Pssttt! Dalam dunia media sosial, satu kenyataan mudah boleh jadi besar bila disalah tafsir. Sebelum sebarkan, semak dulu fakta supaya tak menambah kekeliruan.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




