“Saya Hanya Berangan” – Norish Karman Jelaskan Isu Nak Beli MPV Jika Diberikan RM200,000

“Saya Hanya Berangan” – Norish Karman Jelaskan Isu Nak Beli MPV Jika Diberikan RM200,000

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan pemberian wang tunai berjumlah RM200,000 kepada pelakon Norish Karman. 

Menerusi sesi siaran langsung malam tadi, Aliff berkata dia tidak pernah memberikan wang sejumlah itu kepada Norish mahupun anaknya, Manda.

BACA: Norish Karman Mahu Beli MPV RM150 Ribu Jika Diberikan RM200,000

“Saya tidak beri pun RM200,000 itu kepada Norish Karman mahupun anak perempuannya, Manda.

“Ketika sesi siaran yang berlangsung, jualan tinggi. Jadi, memang saya ada beri beberapa jumlah wang, tetapi amaun wang itu saya tidak beritahu. Duit itu dia (Norish) nak guna untuk bayar hutang,” katanya.

Sementara itu, Norish berkata dia hanya berangan seandainya mempunyai wang sebanyak itu dimana dia mahu belikan kereta selesa untuk anak-anak.

“Duit yang saya dapat daripada sesi siaran langsung sebelum ini, sudah habis digunakan untuk membayar hutang. Sebagai ibu tunggal selama 14 tahun, apa yang saya lakukan adalah semua untuk anak-anak dan Allah.

“Saya hanya berangan jika ada wang sebanyak itu. Saya mahu belikan kereta yang selesa untuk anak-anak kerana selama ini kami hanya menggunakan kereta yang pendingin hawanya rosak dan compressor (pemampat) rosak,” katanya.

Dalam pada itu, Norish turut meminta netizen bertenang serta mengatakan setiap dari kita pasti mempunyai impian masing-masing.

“Kamu semua pun ada angan-angan kan. Jadi, saya pun berangan sahaja. Kita berangan moga-moga angan itu datang dari usaha, moga Allah makbulkan. Itu sahaja.

“Arwah bapa saya ajar supaya meminta yang hebat-hebat daripada Allah kerana Dia Maha Pemberi. Jadi saya belajar untuk berdoa dan berusaha,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top