“Dia Nyanyi 1 Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan” – Syed Saddiq

“Dia Nyanyi 1 Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan” – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata dia tidak mahu bakal isterinya, Bella Astilllah mengorbankan impian serta cita-cita hanya kerana bergelar seorang isteri.

Menerusi satu podcast, Syed Saddiq berkata dia tidak mahu hanya dirinya saja yang mengejar impian serta tidak menghalang Bella dalam kerjayanya.

BACA:

“Memang kena, ada banyak pendedahan tentang masa depan kerana saya tak nak saya sorang sahaja mengejar impian saya tetapi demi impian tersebut saya mengorbankan impian pasangan saya, itu tidak betul dan tak adil.

“Saya tak nak kerana impian saya, terkuburlah impian pasangan dan sebagai seorang wanita berkerjaya yang boleh dikatakan jauh lebib baik daripada saya, itu tidak adil,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq turut mendedahkan ramai sangkakan gaji sebagai ahli politik tinggi namun selepas masuk ke dunia industri hiburan dia melihat perbezaan bayaran yang sangat ketara.

“Bayaran di luar sana jauh lebih baik, saya pernah kongsi dengan tunang saya. Kalau dia pergi menyanyi, satu malam bersamaan gaji saya sebulan.

“Bila saya buat shooting, shooting satu hari bersamaan 2-3 bulan gaji ahli Parlimen,”katanya.


Scroll to Top