Sampai Masuk Hospital Demi Jayakan Adegan Fighting, Che Ta Pot Pet Teruja Tembusi Layar Perak

Sampai Masuk Hospital Demi Jayakan Adegan Fighting, Che Ta Pot Pet Teruja Tembusi Layar Perak

Usahawan yang kini aktif dalam dunia lakonan, Che Ta Pot Pet meluahkan rasa syukur apabila rezekinya dalam bidang seni semakin berkembang, termasuk peluang membintangi filem pertama.

Menurut Che Ta, selepas tampil sebagai peguam dalam drama fenomena terbitan Erma Fatima ‘Keluarga Itu’ tahun lalu, dia tidak menyangka akan melangkah ke layar perak pada tahun ini.

“Alhamdulillah, tahun ini rezeki tak disangka-sangka, saya dapat berlakon pula dalam filem,” katanya ketika ditemui.

Lebih menarik, Che Ta bakal muncul dalam filem berjudul Cobra Seven: Peluru Terakhir yang turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam, Diana Danielle, Amar Baharin dan Hanna Aqeela.

“Tak sangka dapat membintangi filem pula. Saya bergandingan dengan bintang filem terkenal, Shaheizy Sam! Ada ramai lagi dalam filem ini, kita ada Diana Danielle, Amar Baharin, Hanna Aqeela dan ramai lagi,” ujarnya teruja.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Peminat Tak Percaya Che Ta Pot Pet Berlakon Dalam Keluarga Itu – “Mereka Kata Suara Sama, Tapi…”

Dalam filem tersebut, Che Ta memegang watak antagonis yang memerlukan aksi fizikal mencabar, sesuatu yang jarang dilakukannya sebelum ini.

“Kiranya dalam filem ini, saya jadi orang jahatlah kiranya. Karakter antagonis juga, tapi kali ini ada adegan lawan tahu! Ada beberapa babak yang memerlukan saya buat ‘fighting scene’ bersama pelakon lain,” jelasnya kepada XTRA.

Che Ta ditemui di majlis rumah terbuka anjuran usahawan sensasi Kak KM, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, Che Ta mengakui proses persiapan untuk watak tersebut bukan mudah sehingga dia terpaksa dimasukkan ke hospital bagi memastikan keadaannya benar-benar selamat.

“Saya sampai masuk hospital! Kena admit… sebab kita tak pernah buat semua ini. Saya nampak je lembut, tapi dulu saya memang ada asas dalam taekwondo. Cuma dah lama tak asah. Tiba-tiba kena buat fighting, jadi doktor kena tengok juga takut ada apa-apa,” katanya.

Tambahnya lagi, dia menjalani latihan selama seminggu sebagai persediaan sebelum penggambaran bermula.

Dalam masa sama, Che Ta menepis tanggapan segelintir pihak yang mendakwa penglibatannya dalam dunia lakonan disebabkan ‘orang dalam’ atau kabel.

“Kita casting tahu! Kita tak pakai kabel. Macam Keluarga Itu pun kita casting, telemovie sebelum ini pun kita casting. Semua kita casting,” tegasnya.

ARTIKEL: “Ketika Ditimpa Ujian, Ada Rakan Selebriti & Pempengaruh Jauhkan Diri” – Mahu Terus Bangkit, Che Ta Pot Pet Kekal Positif

Malah, Che Ta tidak kisah untuk bermula dari bawah demi membina nama dalam industri hiburan.

“Sanggup letak title sebagai usahawan di tepi. Dalam bisnes ini macam-macam kita boleh buat. Kita kena ada connection. Kita tak tahu masa depan kita macam mana, jadi selagi muda boleh buat, buatlah,” katanya.

Mengakui ini merupakan filem pertamanya, Che Ta turut berharap penonton dapat memberikan sokongan terhadap kemunculannya di layar perak.

Scroll to Top