Sweet Qismina Dedah Pesanan Adam Lee, Jangan Kongsi Masalah Di Media Sosial

Sweet Qismina Dedah Pesanan Adam Lee, Jangan Kongsi Masalah Di Media Sosial

Pelakon Sweet Qismina berkata tujuh tahun lalu apa saja yang berlaku pasti dia akan memuat naik di media sosial serta menyuarakan berkenaan isu semasa.

Menerusi satu podcast, Sweet berkata tabiat tersebut berubah selepas dia mengenali Adam Lee dimana suaminya pernah berpesan apa pun yang berlaku tidak perlu berkongsikan di media sosial.

BACA: Sweet Qismina Kumpul Kad Pokemon Sebagai Pelaburan

“Masa saya kenal Adam, perkara pertama yang dia cakap dengan saya apa sahaja yang berlaku jangan muat naik di media sosial sebab tujuh tahun lepas saya kaki media sosial.

“Bila saya dengan Adam ni Alhamdulillah, dia seorang yang sangat wise. Dia tahu apa yang akan berlaku kalau terlampau berkongsi di media sosial.

“Andai kata saya pernah muat naik walaupun dalam close friend, Adam akan terus telefon tanya kenapa dan saya takedown serta-merta,” katanya.

Dalam pada itu, Sweet berkata perkara itu perlu dikawal kerana boleh menimbulkan isu besar dalam rumah tangga.

“Bagi saya kalau sebelum kahwin saya tidak pupuk benda yang negatif jadi positif, perkara itu akan jadi isu besar bila sudah berkahwin.

“Banyak yang Adam dah mengajar dari segi media sosial. Dia memang jarang bermain media sosial kecuali melibatkan kerja,” katanya.

Perkongsian Sweet itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kematangan pelakon itu termasuk suaminya.


Scroll to Top