Kemenangan ke atas Sabah motivasi berharga – Elavarasan

Kemenangan ke atas Sabah motivasi berharga – Elavarasan

Oleh Nazri Abu Bakar

sukan@hmetro.com.my

Melaka:Jurulatih Melaka, E Elavarasan lega anak buahnya berjaya menewaskan Sabah 1-0 pada aksi sukar Liga Super di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Baginya, kehadiran pelawat dengan status juara Piala Cabaran amat membimbangkan terutama prestasi lawan yang berada pada tahap terbaik untuk memastikan skuadnya gagal meraih mata.

Katanya, pemain bertindak dengan baik untuk mengimbangi kekuatan Sabah terutama selepas pelawat mengawal permainan dalam 20 minit pertama yang sukar buat anak buahnya.

Menurutnya, kesungguhan pemain untuk menafikan setiap percubaan lawan juga menjadi faktor gawang pasukan tidak dibocori sementara dalam masa sama mencuri gol kemenangan.

“Perubahan beberapa formasi pemain pada babak kedua dengan kemasukan pemain baharu berjaya mengubah rentak permainan untuk menekan pelawat.

“Akhirnya gol yang kami cari menjelma menerusi Dino Kalesic pada m-69. Selepas jaringan terbabit kita memperlahankan rentak permainan untuk menutup kubu daripada dibocori biarpun lawan datang bertali arus,”katanya.

Elavarasan berkata, berbaki kira- kira 20 minit selepas jaringan itu situasi lebih sulit dilalui pemain namun konsep bertahan yang positif berjaya menepis setiap asakan pelawat.

ñ

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top