Agrobank lancar FUNancial Day 2026, perkasa interaksi bersama pelanggan

Agrobank lancar FUNancial Day 2026, perkasa interaksi bersama pelanggan

SHAH ALAM – Agrobank bakal melancarkan FUNancial Day 2026 bagi merancakkan pertumbuhan perniagaan serta meningkatkan interaksi bersama pelanggan merentasi semua segmen.

Agrobank dalam satu kenyataan berkata, program pengaktifan cawangan berskala besar yang dilaksanakan di seluruh negara itu diadakan selama dua hari bermula pada 28 dan 29 April 2026.

Menurutnya, ia melibatkan 143 cawangan Agrobank secara serentak, sekali gus menjadikan setiap cawangan sebagai pusat aktiviti kewangan yang lebih interaktif dan berdaya tarikan kepada pelanggan.

“FUNancial Day 2026 menawarkan platform menyeluruh kepada pelanggan untuk mengenali dan mendapatkan pelbagai produk serta perkhidmatan kewangan Agrobank.

“Inisiatif ini disokong dengan pelbagai aktiviti di lapangan, sesi khidmat nasihat kewangan dan pendekatan interaktif yang mesra pelanggan.

“Penganjuran program ini turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan mobilisasi deposit (pertumbuhan akaun semasa dan simpanan (CASA), menjana prospek pembiayaan serta memperkukuh kedudukan Agrobank sebagai institusi kewangan yang berteraskan komuniti,” katanya pada Jumaat.

Antara tarikan utama program ini adalah kempen Mega Million 3.0 Raya yang menawarkan pelanggan peluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk 10 gram emas, hadiah bulanan sebuah Proton X50, serta hadiah utama sebuah Ford Ranger Raptor.

Satu lagi tarikan adalah kempen Peluang Keemasan yang membolehkan pelanggan membeli emas serendah RM10, dengan peluang memenangi hadiah utama sebuah Honda Vario 125.

Inisiatif tersebut turut menampilkan Kempen NextGen, sebuah program berfokuskan belia yang menawarkan figurine Agrobank edisi terhad eksklusif.

Selain itu, AGROCash-i pembiayaan peribadi akan dipromosikan pada kadar rata serendah 2.62 peratus, manakala pembiayaan Ar-Rahnu menawarkan margin pembiayaan hingga 80 peratus.

Pelanggan juga boleh menikmati Pelan Takaful Kemalangan Diri yang disertakan dengan hadiah eksklusif pendaftaran.

Tawaran lain di bawah program ini termasuk Hartani-i Refer & Reward serta Klinik Kewangan.

Tambah kenyataan itu, program tersebut terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada, termasuk individu,perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perniagaan mikro serta komuniti setempat.

Jelasnya, ia selaras dengan komitmen Agrobank dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang inklusif dan mudah diakses.

“Menerusi pelaksanaan secara serentak di seluruh negara dan pendekatan yang menyeluruh, FUNancial Day 2026 mencerminkan usaha strategik Agrobank dalam menggabungkan penglibatan pelanggan, penawaran kewangan serta pertumbuhan perniagaan dalam satu platform yang berimpak tinggi.

“Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, pelanggan boleh mengunjungi cawangan Agrobank terdekat sepanjang tempoh program ini,” ulasnya.

 

Scroll to Top