“Saya Juga Manusia Biasa, Hidup Macam ‘Rollercoaster’” – Ezzanie Jasny Nafi Sombong

“Saya Juga Manusia Biasa, Hidup Macam ‘Rollercoaster’” – Ezzanie Jasny Nafi Sombong

Pelakon, Ezzanie Jasny mengakui terkejut apabila timbul dakwaan mengatakan dirinya seorang yang sombong.

Menerusi hantaran di platform Threads, Ezzanie atau nama lengkapnya, Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, menjelaskan sepanjang berkecimpung dalam bidang seni dia sentiasa menyantuni peminat dengan baik.

“Saya sombong? Selama saya dalam industri, saya tak pernah menolak bila orang ajak bergambar atau borak dengan saya.

“Saya juga manusia biasa macam kalian. Ada masa hidup turun naik macam ‘rollercoaster’,” katanya.

Dalam masa sama, aktres drama rantaian Sayang Tak Sama ini berkata dia banyak berdiam diri sekiranya badan terasa penat atau sedang memberi tumpuan melakukan sesuatu.

“Kadang-kadang kalau nampak saya diam atau tak banyak bercakap, mungkin saya penat atau tengah fokus. Bukan sombong.

“Saya sentiasa hargai semua yang datang tegur dan beri sokongan. Kalau ada tersalah faham, saya minta maaf ya,” tulisnya lagi.

Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Nafi ‘Buat Muka’… Hanya Kurangkan Berat Badan & Lakukan Rawatan Wajah –“Dulu 58 Kg, Sekarang 51 Kg”

Scroll to Top