Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan golongan mahasiswa bebas menyuarakan pandangan dan mengkritik kerajaan sama ada melalui saluran rasmi mahupun platform digital seperti media sosial.
Memetik laporan daripada Kosmo! beliau menyatakan perubahan bentuk aktivisme ke arah ruang dalam talian tidak menjejaskan hak pelajar untuk bersuara, malah kerajaan tidak menghalang sebarang bentuk kritikan selagi ia disampaikan dengan baik.
Foto: Pejabat Perdana Menteri
Dalam masa sama, Anwar turut menggalakkan mahasiswa menggunakan saluran sedia ada seperti surat rasmi atau pertemuan terus bagi memastikan pandangan mereka dapat dipertimbangkan pihak berkuasa.
Foto: Pejabat Perdana Menteri
Mengulas lanjut perkara tersebut, beliau menekankan kejayaan institusi pendidikan tidak seharusnya diukur melalui jumlah pelajar asing semata-mata, sebaliknya pada kualiti pendidikan yang ditawarkan.
Foto: Pejabat Perdana Menteri
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penuntut Universiti UCSI pada Majlis Temu Anwar dan peluncuran pembinaan bangunan baharu universiti itu.




