Fattah Amin Syukur Bakal Timang Anak Pertama Bersama Amira Othman

Fattah Amin Syukur Bakal Timang Anak Pertama Bersama Amira Othman

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur bakal menimang cahaya mata pertama bersama isterinya, penyanyi Amira Othman.

Memetik Astro Gempak, Fattah berkata dia tidak kisah dengan jantina anak pertama mereka kerana yang penting keadaan ibu dan anak dalam keadaan sihat.

BACA: Fattah Amin Bakal Fail Semula Permohonan, Dakwa Fazura 6 Kali Langgar Perintah Mahkamah

“Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab. Dan saya tumpang rasa syukur kerana bakal dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Soal jantina, saya tidak kisah asalkan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti dipermudahkan. Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk kami,” katanya.

Sementara itu, Amira berkata dia dan Fattah belum tahu lagi mengenai jantina anak mereka kerana yang penting kandungannya sihat.

“Soal jantina saya tidak tahu lagi kerana belum buat imbasan. Tetapi apa apa jantina pun saya dan suami terima dan bersyukur asalkan sihat,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top