Trump tidak puas hati dengan cadangan Iran

Trump tidak puas hati dengan cadangan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak berpuas hati dengan cadangan terbaru Iran untuk rundingan berhubung perang Iran.

Manakala, Menteri Luar Iran dilaporkan menyatakan Teheran bersedia untuk berdiplomasi sekiranya AS mengubah pendekatannya.

Menurut laporan Reuters, Trump turut mengulang dakwaannya bahawa AS telah memusnahkan kekuatan ketenteraan Iran.

“Mereka (Iran) mahu membuat perjanjian, tetapi… saya tidak berpuas hati dengannya.

“Mereka meminta perkara-perkara yang saya tidak boleh setujui,” katanya.

Bagaimanapun, Trump tidak memperincikan kandungan cadangan baharu yang dikemukakan oleh Iran.

Sebelum ini Trump mengancam untuk mengurangkan kehadiran tentera susulan perbezaan pandangan dengan Canselor Jerman, Friedrich Merz pada Isnin lalu, yang berkata bahawa Iran sedang memperlekehkan AS dan Washington tidak mempunyai strategi keluar yang jelas.

Walaupun AS dan Iran telah menggantung permusuhan sejak gencatan senjata pada 8 April, kedua-dua negara masih berselisih mengenai pelbagai isu termasuk cita-cita nuklear Iran dan kawalan ke atas Selat Hormuz.

Kedua-dua pihak juga masih belum mencapai persetujuan untuk mengadakan pertemuan kedua selepas sidang ringkas pegawai kanan di Islamabad bulan lalu. – Agensi

Scroll to Top