Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal tampil menjawab persoalan yang timbul mengenai status hubungannya bersama isteri kepada penyampai radio, Radin iaitu Nur Amirah Shamsulbahrin.
Menurut Dahlia atau nama lengkapnya, Nur Dahlia Ahmad Rizal, 25, pelbagai spekulasi tidak tepat timbul berhubung salasilah keluarganya.
“Too many threads about my family tree and mostly banyak salah. Senang cerita, mak saya berkahwin semula selepas bercerai dengan seorang lelaki yang mempunyai isteri dan lima orang anak,” katanya.
Mengulas lanjut, Dahlia turut menegaskan wanita yang menjadi isteri kepada Radin itu sebenarnya adalah kakaknya, namun mereka berkongsi ibu dan ayah yang berbeza.
“Jadi saya ada lima adik-beradik tiri. Saya tak suka gunakan ayat ‘tiri’, so siblings it is!
“Jadi, yang berkahwin itu adalah kakak saya daripada ibu dan ayah yang berbeza. Simple tak?,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet berpendapat raut wajahnya dan Amira kelihatan serupa sehinggakan orang ramai sukar untuk percaya bahawa mereka bukanlah adik-beradik kandung.







